Novak Djokovic mempamerkan aksi luar biasa untuk menafikan kemenangan Jannik Sinner dalam aksi lima set di Centre Court untuk layak ke separuh akhir Kejohanan Tenis Wimbledon buat kali ke-11 lewat malam tadi.

Djokovic bangkit untuk menang 5-7, 2-6, 6-3, 6-2, 6-2 selepas bertarung selama tiga jam dan 35 minit, sekali gus melebarkan rekod tanpa kalahnya kepada 26 perlawanan berturut-turut di Wimbledon.

Dia juga hanya dipisahkan dengan dua kemenangan untuk meraih gelaran keempat berturut-turut di All England Club.

Selain itu, kemenangan terbaru itu juga merupakan kemenangan aksi lima set ke-10 daripada 11 yang dilaluinya di Wimbledon, di mana dia hanya tewas sekali kepada Mario Ancic dalam pusingan keempat pada 2006.