MALAYSIA 0 AUSTRALIA 6

Skuad bola sepak wanita negara menamatkan kempen Kejohanan wanita AFF dengan kekalahan besar di tangan Australia dalam aksi terakhir Kumpulan A di Imus, Filipina sebentar tadi.

Kekalahan itu juga menyaksikan pasukan bimbingan Jacob Joseph berkenaan menamatkan saingan tanpa sebarang kemenangan.

Hatrik daripada MackenzieHawksby (minit ke-20, 65, 67), selain jaringan berganda Chelsie Dawber (m13, 24) dan satu gol daripada Jamilla Sofea Rankin (m82) memastikan pesta gol Matildas tetapi mereka turut tidak layak ke separuh akhir selepas menamatkan peringkat kumpulan di tangga ketiga di belakang Thailand dan Filipina.

Malaysia, dalam pada itu, menamatkan saingan pusingan awal berkenaan di tempat kelima daripada enam pasukan hasil dua keputusan seri ketika menentang Indonesia dan Singapura.