MALAYSIA 0 THAILAND 4

Skuad bolasepak wanita negara berdepan kekalahan kedua dalam Kejohanan Wanita AFF selepas tewas 0-4 kepada Thailand di Stadium Bolasepak Binan, Filipina sebentar tadi.

Biarpun terdapat jurang ketara daripada segi kualiti, pasukan kebangsaan, bagaimanapun, berhasil mengimbangi permainan lawan dan hanya dibolosi satu gol -- yang dijaringkan Ploychompoo Somnonk pada minit ke-25 -- sepanjang babak pertama.

Aksi sebenar mula dipamerkan Thailand dalam babak kedua dan selepas 10 minit perlawanan bersambung, Pattaranan Aupachai menjadikan kedudukan 2-0 sebelum U-raiporn Yongkul menambah gol ketiga skuad Gajah Perang itu pada minit ke-74.

Nutwadee Pramnak kemudian melengkapkan kemenangan besar Thailand pada minit ke-86, sekali gus melonjak ke tangga kedua di belakang Filipina.

Kelakalahan kedua daripada empat perlawanan itu pula menyaksikan skuad negara kekal di tangga keempat dengan dua mata menjelang aksi terakhir Kumpulan A menentang Australia pada Selasa ini.