Juara Divisyen 2, Kejohanan Jemputan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Leong Jun Hao, mara ke final saingan Divisyen 1, selepas menewaskan seorang lagi pemain daripada Divisyen 2, Lim Chong King, di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara hari ini.

Ia seakan-akan aksi ulangan di antara kedua-dua pemain itu, yang pernah bertemu dalam final saingan Divisyen 2 minggu lalu.

Seperti pertemuan sebelumnya, Jun Hao seakan-akan tidak berdepan masalah untuk meraih kemenangan 21-13, 21-16 dalam masa 37 minit.

Menanti Jun Hao di pentas final esok adalah Ng Tze Yong, yang menewaskan Aidil Soleh Ali Sadikin 21-19, 21-18 dalam satu lagi perlawanan akhir pusingan round robin.


Keputusan separuh akhir beregu lelaki:
Aaron Chia/Soh Wooi Yik mn Goh V Shem/Tan Wee Kiong (16-21, 21-9, 21-19)
Ong Yew Sin/Teo Ee Yi mn Low Hang Yee/Ng Eng Cheong (21-15,21-11)