Susulan kejayaan langkah kanan dengan menewaskan Kemboja 3-0 pada aksi pembukaan Kumpulan C, ketua jurulatih skuad negara, Osmera Omaro, mahu barisan pemainnya mempamerkan peningkatan drastik melibatkan aspek penyudah pada aksi kedua bertemu Myanmar esok dalam saingan Kejohanan AFF B16.

Selepas melakukan sesi analisa kemampuan pasukan lawan -- Kem negara dijangka mendominasi permainan dan atas faktor itu, Osmera Omaro tidak akan berkompromi dengan mana0mana pemain yang gagal menjelma aksi terbaik.

Pada masa sama, Osmera mengharapkan barisan pemainnya berupaya untuk sekali lagi menjaringkan gol di awal permainan untuk memudahkan misi kutipan enam mata penuh daripada dua perlawanan utama kejohanan.

"Semua mahu menjaringkan gol awal. Saya berasakan mampu mendominasi perlawanan dan berharap pemain yang lebih tajam ketika melakukan serangan," katanya.

Kapten skuad B16 negara, Muhammad Danish Darus, pula berkata, "Kami berharap untuk meningkatkan lagi mutu permainan dan mahu menjaringkan lebih banyak gol ketika bertemu Myanmar nanti."