Chelsea mampu melakar kemenangan di tempat sendiri dalam Liga Juara-Juara Eropah dengan kemenangan 3-0 ke atas AC Milan, namun Christian Pulisic tidak beraksi walaupun Graham Potter mengosongkan bangku simpanannya.

Pulisic berjaya mencatatkan satu bantuan jaringan dalam kemenangan Chelsea ke atas Crystal Palace dalam Liga Perdana Inggeris (English Premier League) pada hujung minggu.

Namun, dengan satu lagi perlawanan akan datang dalam masa tiga hari menentang Wolverhampton Wanderers, Pulisic tidak dapat mengumpul sebarang minit untuk menarik perhatian Potter untuk mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama.

Mungkin Potter sudah membuat keputusan bahawa Pulisic akan memulakan perlawanan kerana Chelsea bermain tiga perlawanan dalam tujuh hari, tetapi apabila setiap pemain gantian telah digunakan untuk perlawanan pagi tadi, Pulisic tetap tidak dipilih dan ia membuatkan ramai tertanya-tanya apakah peranannya bersama The Blues.

Pulisic hanya mencatatkan 183 minit dalam sembilan perlawanan. Dia hanya memulakan satu perlawanan dan diturunkan dari bangku simpanan selama lebih 25 minit hanya sekali.

Hari tarikh akhir perpindahan menyaksikan Pierre-Emerick Aubameyang menyertai kelab itu, dan ia hanya menjadikan bangku simpanan lebih ramai pilihan sekaligus mengurangkan peluang Pulisic untuk beraksi. Pilihan utama dalam jentera serangan skuad kendalian Potter adalah Mason Mount, Raheem Sterling dan Aubameyang -- mengetepikan Pulisic yang bersaing untuk mendapatkan tempat sebagai pemain gantian.

Minit permainan adalah kebimbangan buat Pulisic yang memainkan peranan penting untuk pasukan kebangsaan lelaki Amerika Syarikat di Piala Dunia di bawah bimbingan Gregg Berhalter. Walaupun Pulisic akan bermula untuk AS, tanpa minit yang mencukupi untuk Chelsea lebih awal, dia mungkin bergelut untuk memberikan impak.


“Saya rasa ia agak membimbangkan penyokong Amerika di pentas Piala Dunia,” kata penganalisis studio CBS Sports Jamie Carragher selepas perlawanan.

"Kami bercakap tentang England juga apabila ia melibatkan pemain untuk segera mendapatkan rentak, dan ia tidak kelihatan seperti dia akan berada pada tahap terbaik dari segi kecergasan, tenaga, ketajaman, atau rentak ke Piala Dunia. Jadi saya fikir ia benar-benar membimbangkan baginya.

"Saya cuma tidak nampak bagaimana dia akan mendapat perlawanan kerana terdapat begitu ramai pemain di posisi penyerang tersebut. Paling banyak yang dia akan perolehi ialah minit dari bangku simpanan, dan saya tidak fikir itu sudah cukup untuk dia mempamerkan aksi terbaiknya dalam pasukan kebangsaan di Piala Dunia."

Thierry Henry pula berkata, "Berapa ramai pengurus yang tidak akan mempercayai anda? Ia pasti membuatkan anda untuk mencari jalan penyelesaian."