VILLA 2 EVERTON 1

Pengurus Aston Villa, Steven Gerrard, lebih khuatir dengan keadaan Diego Carlos selepas dia mengalami kecederaan di sebalik kemenangan 2-1 barisannya ke atas Everton.


Pemain berusia 29 tahun itu membuat penampilan sulung Liga Perdana Inggeris (EPL) bersama kelab berkenaan dalam kekalahan kepada Bournemouth, minggu lalu, sebelum diberi tugasan berdepan The Toffees, sebentar tadi.

Pemain yang dibeli daripada Sevilla itu dilaporkan dihimpit kecederaan dan terpaksa digantikan oleh Calum Chambers ketika permainan berbaki beberapa minit sambil Gerrard mendedahkan situasi pertahanan tersebut tidak kelihatan baik.

"Saya cukup bimbang mengenainya. Ia tidak kelihatan baik ketika ini, Dia perlu menjalani ujian imbasan. Kakitangan perubatan sangat bimbang," kata pengurus Villa itu.




"Ia memburukkan perasaan saya. Usah katakan (bahawa ia satu tamparan hebat). Saya bimbang mengenainya. Bahagian buku lali/tumitnya membengkak besar. "

Gerrard kemudian ditanya adakah senario itu bakal memaksa Villa akan memasuki pasaran perpindahan bagi mendapatkan rekrut tambahan: "Kami perlu tunggu dan lihat terhadap keputusan kecederaannya."

Villa akan bertandang ke Crystal Palace minggu depan kemudian menentang West Ham dan Arsenal sebelum jendela perpindahan ditutup pada 1 September.