Bekas juara remaja dua kali perseorangan wanita dunia, Goh Jin Wei, sudah tidak sabar-sabar lagi untuk kembali mewarnai pentas badminton antarabangsa selepas 14 bulan menjalani pembedahan membuang usus besar.

Atlet berusia 20 tahun itu kembali menjalani persiapan selepas berehat panjang yang menyaksikannya tidak dapat mempertahankan pingat emas Sukan SEA 2017.

"Sebagai atlet, akan ada sedikit terkesan tetapi kalau bagi manusia normal, tiada apa-apa.

"Saya perlu makan beberapa jam sebelum perlawanan jadi ada formula (untuk melaluinya)," katanya ketika dihubungi wakil Astro Arena, Sharazad Sani, hari ini.


Badminton Association of Malaysia (BAM) confirms that all 54 players and coaches of the national team that reported back...

Posted by Badminton Association of Malaysia - BAM on Sunday, December 6, 2020


Sehubungan itu, Jin Wei berharap dia dapat menyertai kejohanan dengan secepat mungkin selepas kali terakhir menganggotai skuad kebangsaan dalam Kejohanan Berpasukan Asia di Filipina, Februari lalu.

"(Kalau boleh) saya harap esok (dapat menyertai kejohanan). Saya rasa tidak dapat menyertai Terbuka Thailand (bulan depan) kerana ranking saya merudum teruk (ke-137 dunia).

"Saya pun tidak pasti jadi saya hanya berikan yang terbaik dalam latihan setiap hari.

"Saya ingin kembali melalui perasaan keterujaan sebelum kejohanan, saya tidak sabar untuk itu."