Muhammad Azeem Fahmi menamatkan perlumbaan acara 200 meter di tempat keenam saingan Jelajah Benua Olahraga Dunia di Niigata, Jepun, sebentar tadi.

Masih lagi segar muncul pemenang pingat emas Sukma 2022 dalam acara 100m sementara kecederaan otot menjejaskan usahanya untuk meraih emas kedua apabila meraih perak, Azeem bersama skuad olahraga negara ke Niigata dalam usaha untuk mendapatkan keputusan yang positif.

Layak ke final selepas melakukan catatan 21.00 saat, atlet kelahiran Perak itu memperbaiki catatan tersebut dengan melakukan 20.98s untuk menghuni di tangga keenam.

100m pertama menyaksikan barisan atlet yang mara ke final hampir seiring ketika melakukan larian namun di penghujung perlumbaan mereka mempamerkan langkah yang bertenaga bagi memburu podium.

Wakil Universiti Tsukuba, Tobiwa Tsuruzawa memenangi pingat emas dengan catatan masa 20.60s. Di tempat kedua dimenangi Keigo Yasuda (20.75s) dan Shoichi Kobayashi (20.94s) menamatkan perlumbaan di tempat kedua dan ketiga.

Untuk rekod, catatan peribadi terbaik Azeem merupakan 20.83s yang dilakukan ketika bertanding dalam Kejohanan Olahraga Remaja Dunia di Cali, Colombia Ogos lalu.