JDT 5 SELANGOR 1

Johor Darul Ta'zim (JDT) mengaibkan Selangor 5-1 untuk merampas semula takhta Liga Super, sebentar tadi.


JDT hanya memerlukan tiga minit untuk memulakan kenduri gol di Stadium Sultan Ibrahim itu melalui sentuhan berbisa pemain import kelahiran Brazil, Bergson Da Silva.

Harimau Selatan makin mencengkam permainan apabila cuba menembusi kubu The Red Giants dari segenap penjuru sebelum memerangkap skuad bimbingan Michael Feichtenbeiner itu dengan sepakan percuma yang mengelirukan penjaga gol pelawat, Khairul Azhan Khalid.

Kredibiliti Khairul Azhan diduga dua kali lagi apabila melepaskan jaringan mudah selepas itu.




Dia gagal menjangkau sepakan kencang Leandro Velaquez yang meledak jaringan ketiga perlawanan pada minit ke-34 sebelum tersilap langkah tertampan bola sepakan lintang daripada Bergson (m-54) tetapi dia tidak wajar dipersalahkan sepenuhnya selepas rakan sepasukannya gagal berada di kedudukan tepat ketika Arif Aiman Hanafi melakukan hantaran ke dalam.

Walaupun Norhakim Hassan memastikan gol sagu hati buat pelawat pada minit ke-82, ia hanya menyemarakkan lagi semangat JDT untuk melakar gol kelima.

Kali ini gandingan dua pemain gantian, Safawi Rasid, yang membaca kedudukan Mohamadou Sumareh untuk satu sepakan lintang sempurna yang disudahkan dengan tandukan pada masa kecederaan.

JDT kini satu mata di depan pencabar terdekat, Sabah, dengan mengumpul 19 mata selain memiliki kelebihan satu perlawanan disusuli Negeri Sembilan yang akan bertemu Sri Pahang, malam esok.