NAPOLI 1 INTER MILAN 1

Inter Milan mengekalkan kedudukan di tangga teratas Serie A selepas bangkit daripada ketinggalan untuk mengikat pencabar terdekat, Napoli, 1-1 di tempat lawan awal pagi tadi.

Lorenzo Insigne meletakkan tuan rumah di depan menerusi sepakan penalti seawal minit ketujuh di Stadio Diego Armando Maradona.

Bagaimanapun, pasukan juara bertahan itu bangkit mengikat kedudukan selepas seminit babak kedua bermula, di mana Edin Dzeko berhasil menemui jaringan liga ketiganya sejak Oktober lalu.

Walaupun Napoli kelihatan lebih galak memburu gol kemenangan, mereka gagal menembusi pertahanan lawan, sekali gus terlepas peluang untuk melonjak ke tangga teratas Serie A.

Inter kekal selaku pendahulu dengan 54 mata selepas 24 perlawanan manakala Napoli pula ketinggalan satu anak tangga dan hanya dibezakan dengan satu mata walaupun telah beraksi lebih satu perlawanan.