Zlatan Ibrahimovic menjadi penjaring tertua dalam sejarah Serie A apabila pemain berusia 41 tahun itu menjaringkan penalti dua kali dalam pertembungan Sabtu ketika bertemu Udinese.

Pada usia 41 tahun dan 166 hari, pemain veteran Sweden itu menewaskan rekod yang pernah dipegang oleh Alessandro Costacurta, bekas pemain pertahanan Milan, yang berusia 41 tahun dan 25 hari ketika dia menjaringkan gol, juga menentang Udinese, pada Mei 2007.

Ibrahimovic turun dalam kesebelasan utama buat pertama kali dalam aksi liga sejak 23 Januari 2022, setelah menjalani pembedahan lutut penghujung musim lalu.

Golnya adalah gol penyamaan untuk pasukan kendalian Stefano Pioli sejurus sebelum separuh masa di Stadio Friuli setelah Jaka Bijol menjatuhkan Rafael Leao.

Marco Silvestri menafikan sepakan penalti Ibrahimovic namun gerakan awal penyerang Udinese Beto bermakna sepakan penalti terpaksa dilakukan semula.

Berang dengan keputusan itu, ketua jurulatih, Andrea Sottil, dilayangkan kad merah kerana bantahannya namun kali ini Ibrahimovic secara klinikal merembat masuk ke bahagian tengah.

Dua minit kemudian, pada minit keenam masa kecederaan, Milan terpaksa meratapi kekalahan 2-1 apabila Beto menebus kesalahan dengan menewaskan Mike Maignan apabila menyempurnakan hantaran lintang Isaac Success.