Ketua pasukan Manchester United, Harry Maguire, mungkin berpeluang menghirup sedikit udara segar di tengah-tengah kritikan prestasinya apabila perlu diketepikan selama dua minggu berikutan kecederaan yang dialaminya di peringkat antarabangsa.

Pemain England itu mengadu mengalami ketegangan otot paha ketika bertemu Jerman dalam Liga Negara-Negara Eropah (UNL) kelmarin dan The Sun melaporkan Maguire akan berehat lama di sebalik belum ada penawaran perkembangan rasmi daripada kelab berkenaan.



Dalam pertemuan persahabatan di Stadium Wembley itu, pemain berusia 29 tahun tersebut dipersalahkan kerana memberi ruang kepada dua jaringan Jerman.

Bagaimanapun, menjelang pertembuan 'derby' dengan Manchester City Ahad ini, pengendali The Red Devils, Erik ten Hag, masih belum perlu panik di bek tengah menerusi gandingan Lisandro Martinez dan Raphael Varane.

Tetapi United tetap perlu berwaspada dengan rekod perubatan kurang memberangsangkan Varane.