Pep Guardiola memuji 'mentaliti istimewa' Jude Bellingham ketika Manchester City bersiap sedia untuk menghadapi pemain Borussia Dortmund itu dalam pertemuan Liga Juara-Juara awal pagi esok.

Perjalanan City ke Signal Iduna Park minggu ini sudah memastikan tempat mereka ke pusingan kalah mati, ihsan bekas bintang Hitam dan Kuning, Erling Haaland.

Tetapi berikutan penghijrahan pemain antarabangsa Norway itu dari kelab Bundesliga, pemain antarabangsa England, Bellingham, mendapat pujian musim ini.

Pemain berusia 19 tahun itu menjadi kapten Dortmund dalam kedua-dua saingan domestik dan Eropah buat kali pertama awal bulan ini, dan kini Guardiola telah memujinya sebagai 'pakej lengkap'.

"Saya rasa Dortmund adalah tempat yang sesuai untuk pemain muda yang berbakat," katanya.

“Mungkin [jika] Bellingham pergi ke pasukan teratas Liga Perdana Inggeris (English Premier League), dia tidak akan mendapat minit permainan.

"Cara terbaik untuk pemain muda menjadi lebih baik ialah bermain. Dia mempunyai mentaliti istimewa. Dia sudah pun menjadi salah seorang kapten mereka -- [untuk itu] berlaku pada usia 19 tahun adalah mengagumkan.

"Ia bukan hanya mengenai gol, keseluruhan pakejnya sangat bagus. Dia sudah bermain untuk England pada usia 19 tahun. Kami mengetahui kualiti yang dia memiliki."