Pep Guardiola mencabar Riyad Mahrez untuk mempertingkatkan tahap fizikal dan menemui rentak terbaik selepas bergelut mendapatkan tempat dalam skuad utama Manchester City musim ini.

Mahrez hanya turut tiga kali dalam kesebelasan utama buat juara Liga Perdana Inggeris (EPL) itu, paling terkini berakhir sebelum melewati 60 minit ketika City merakamkan kemenangan ke atas Borussia Dortmund.

Pemain berusia 31 tahun itu masih belum menemui jaring musim ini selepas menjadi penjaring gol terbanyak kelab musim lalu, selepas Jack Grealish dan Phil Foden antara yang terpilih untuk beraksi di bahagian sayap.

Mahrez hanya beraksi 16 minit ketika kemenangan 6-3 City ke atas Manchester United, kali terakhir beraksi selama 90 minit hadir bertemu Bournemouth Ogos lalu.

Apabila ditanya apa yang dia mahu lihat daripada pemain Algeria itu, Guardiola berkata: “Dia tahu itu. Saya mengenali Riyad dengan sempurna. Kami memerlukannya, dia perlu kembali ke tahap terbaiknya.

"Mahrez seorang pemain yang lengkap daripada segi personaliti, kualiti, keupayaan, kecintaannya terhadap permainan ini bagaimana dia suka bermain dan langkah demi langkah dia akan kembali.”

“Dia perlu kembali dalam keadaan fizikal yang lebih baik, itu sahaja kerana kerana sebagai pemain saya tidak boleh mengajarnya apa-apa kerana dia terlalu bagus.”