Jurulatih Manchester City, Pep Guardiola, berharap Erling Haaland kembali pulih daripada kecederaan hujung minggu ini dan optimis Kalvin Phillips sempat cergas sebelum Piala Dunia Qatar.
Haaland, yang menjaringkan 17 gol dalam 11 perlawanan Liga Perdana Inggeris musim ini, terlepas kemenangan ke atas Leicester City ekoran masalah ligamen buku lali.
Penyerang itu mengalami masalah itu ketika City seri tanpa jaringan dalam aksi Liga Juara-Juara menentang bekas kelabnya Borussia Dortmund minggu lalu, dengan Haaland dikeluarkan pada separuh masa.
Guardiola mengesahkan Sabtu lalu bahawa Haaland juga akan terlepas kunjungan ke Sevilla esok, dengan City sudah pasti kekal di puncak peringkat kumpulan bermakna tiada keperluan untuk mengambil risiko.
Tetapi dia nampaknya positif tentang prospek Haaland kembali tepat pada masanya untuk menentang Fulham di Stadium Etihad Sabtu ini.
"Dia berasa lebih baik. Berbanding dengan Sabtu, Ahad, Isnin, setiap hari dia berasa lebih baik, tetapi dia masih belum 100 peratus," kata Guardiola.
"Kami tidak mahu mengambil risiko, tidak ada gunanya. Harap-harap dia dapat beraksi menentang Fulham."
Bekas pemain tengah Leeds United, Phillips -- yang hanya bermain seminit bola sepak Liga Perdana musim ini -- akhirnya memerlukan pembedahan dan telah tidak bermain sejak pertengahan September.
Dia kini semakin hampir untuk kembali beraksi, walaupun Guardiola tidak pasti sama ada dia akan dipertaruhkan untuk City sebelum Piala Dunia.
“Saya tidak tahu, dia sedang melakukan sesi latihan bersama pasukan,” tambah Guardiola. “Tetapi kita akan lihat, kita akan lihat perkembangannya dan sudah tentu keperluannya kepada pasukan.
“Saya tahu betapa pentingnya Piala Dunia tetapi saya tidak menggunakan pemain yang saya rasa belum bersedia, daripada segi fizikal atau rentak atau apa sahaja, ia bergantung kepada keputusan.
“Perasaan saya sekarang adalah semua perlawanan akan menjadi sengit, seperti pada penghujung musimm saya juga memikirkan mengenai Piala Dunia, banyak pemain yang terlibat, kepenatan pemain menghadapi jumlah perlawanan banyak dalam tempoh singkat, jadi saya tidak jangan fikir menentang Fulham, hanya kepada kualiti lawan."
Ammar Hakim
Tue Nov 01 2022


Manchester City ikat bintang muda Argentina
Manchester City melengkapkan perpindahan pemain belia Argentina, Maximo Perrone, daripada Velez Sarsfield.

Guardiola tepis tanggapan Erling Haaland jadikan permainan Man City statik
Pep Guardiola mempertahankan peranan Erling Haaland di Manchester City sambil menegaskan pemain antarabangsa Norway itu tidak menjejaskan corak permainan pasukannya musim ini.

EPL: Manchester City bangkit daripada ketinggalan dua gol tewaskan Spurs
Manchester City bangkit daripada ketinggalan dua gol dalam separuh masa pertama untuk menewaskan Tottenham 4-2 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Etihad awal pagi tadi, sekali gus merapatkan jurang dengan pendahulu liga, Arsenal.

Segala-galanya harus tertumpu kepada Haaland
Menjelang perlawanan penting menentang Tottenham Hotspur esok, Manchester City berhadapan satu dilema yang mungkin tidak pernah mereka hadapi -- haruskah sistem permainan yang telah lama dibentuk dan digilap diubah demi membolehkan penyerang utama mereka bersinar sepenuhnya?

EPL: Arsenal akan tamatkan musim di belakang dua pasukan Manchester -- Neville
Gary Neville menjangkakan Arsenal akan menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini di tempat ketiga di belakang Manchester City dan Manchester United walaupun The Gunners kini sedang mendahului carta liga berkenaan dengan jurang yang besar.

EPL: City perlu cari jalan pastikan Haaland terlibat secara menyeluruh -- Guardiola
Pep Guardiola mahu Manchester City mencari jalan untuk memastikan Erling Haaland terlibat dengan perlawanan secara lebih menyeluruh.

Manchester City perkemas pertahanan, kata John Stones
John Stones memuji perubahan di benteng yang diterapkan Manchester City ketika menentang Chelsea bagi memastikan kemenangan berharga 1-0 di Stamford Bridge.

Guardiola tiada khuatir reaksi berang Erling Haaland
Erling Haaland perlu bermain dengan penuh semangat ketika cuba dikekang pertahanan lawan, kata pengurus Manchester City, Pep Guardiola.

Guardiola: Manchester City perlukan prestasi sempurna pintas Arsenal
Manchester City perlu mencapai prestasi "hampir sempurna" hingga akhir musim ini sekiranya mereka berhasrat memintas Arsenal, demikian menurut Pep Guardiola.

Potter persiap Raheem Sterling hadapi Manchester City
Graham Potter berkata permulaan mencabar Raheem Sterling di Chelsea sememangnya dapat difahami, tetapi pengurus itu menjangkakan anak buahnya tersebut akan terus berkembang menjelang pertemuan dengan bekas kelabnya, Manchester City.

Nets All-Star Kyrie laments horror run of injuries as Simmons, Warren leave hurt
The Brooklyn Nets lost a pair of rotation players on Thursday as Ben Simmons and T.J. Warren both limped off with knee injuries.

Mavericks superstar Doncic ruled out against the Suns after spraining ankle in first quarter
Luka Doncic lasted only three minutes against the Phoenix Suns on Thursday before a rolled ankle ended his game.

Brunson and Randle lead overtime victory for the Knicks, Pistons upset the Nets
The Boston Celtics missed some crucial free throws down the stretch to hand the New York Knicks an important road win on Thursday.

LeBron and Giannis named NBA All-Star captains, Kyrie and Zion among starters
The NBA announced the All-Star Game starters, as well as the captains, who will select their teams prior to tip-off.

Sam Ryder breaks away from the field at the Farmers Insurance Open
Only three players have a score better than six under through 36 holes, but Sam Ryder has flown ahead with a commanding lead at 12 under.

Simeone not plotting Atletico Madrid exit despite Copa del Rey collapse
Defeat to Real Madrid in the Copa del Rey has effectively ended Atletico Madrid's silverware quest but Diego Simeone isn't going anywhere.

Ajax sack Schreuder after going seven Eredivisie games without a win
After a good start as Ajax boss, Alfred Schreuder has paid the price for a run of form that has seen the Dutch giants drop to fifth place.

'We don't like to suffer' – Benzema relieved for extra-time success in Copa del Rey
A late flurry of goals ensured progress to the Copa del Rey semi-finals for Real Madrid, but Karim Benzema wants his side to be smarter.

Ukraine could boycott Paris 2024 if IOC allows Russian and Belarusian athletes to compete
The IOC could allow Russian and Belarusian athletes to feature at the 2024 Olympic Games despite the invasion of Ukraine.

Arteta inspired by Guardiola who 'changed the game'
Mikel Arteta says he learnt plenty from Pep Guardiola as a player and a coach.