Matt Fitzpatrick meraih gelaran utama buat pertama kali selepas mengatasi Will Zalatoris dan Scottie Scheffler untuk menjuarai Terbuka AS di The Country Club semalam.

Wakil England, Fitzpatrick, yang memenangi saingan Amatur AS di venue sama pada 2013, melakukan dua pukulan di bawah par di pusingan akhir di The Country Club, Massachusetts untuk mengetepikan rakan sepasukan Zalatoris dan Scheffler dengan kelebihan satu pukulan, menamatkan saingan enam pukulan di bawah par secara keseluruhan.

Zalatoris, yang tewas dalam saingan Kejuaraan PGA AS menerusi play-off kepada Justin Thomas bulan lalu, melakukan pukulan bogey di lubang kedua dan ketiga tetapi bangkit dengan tiga pukulan birdie, manakala Fitzpatrick berjaya melakukan dua pukulan di bawah par sepanjang sembilan lubang sebelum memastikan kemenangan.