Gelaran utama ketiga sedang menanti Chun In-gee tetapi dia membuka peluang buat pesaing lain menjelang pusingan terakhir Kejohanan Golf PGA Wanita di Congressional Country Club hari ini.

Chun mendahului dua pusingan pertama, masing-masing dengan catatan 64 dan 69 di Blue Course tetapi menamatkan pusingan ketiga dengan kelebihan tiga pukulan di depan tiga pencabar lain yang berkongsi kedudukan T2 selepas mencatatkan tiga atas 75.

Pemain nombor 33 dunia itu mendahului dengan empat pukulan sewaktu pukulan keduanya bawah par lima di lubang ke-16 tetapi catatannya mula merosot di kawasan berumput panjang dan satu pukulan susulannnya ke arah fairway terkena pokok untuk dia menamatkan lubang berkenaan dengan double-bogey.

Tiga pukulan daripada Kim Sei-young pada lubang ke-17 pula meletakkannya sebaris dengan Lexi Thompson dan Choi Hye-jin dengan lima bawah par kejohanan.