Ketua jurulatih Valencia, Gennaro Gattuso, berharap Jose Luis Gaya akan memeterai kontrak baru bersama pasukan itu

Pertahanan sayap itu dijangka akan mengadakan perbincangan mengenai kontraknya dalam masa terdekat.

Gattuso berkata: "Kami sudah berbincang mengenai Gaya. Saya fikir Jose gembira di sini dan saya berharap, memandangkan kelab ini sudah melakukan usaha yang besar, dia akan menandatanganinya.

"Kelab ini sedang berusaha keras kerana Jose mempunyai nilai yang besar.

"Terdapat juga pemain lain yang akan tamat kontrakm, saya bukannya ejen tetapi amat baik untuk bercakap mengenainya," katanya.