Lionel Messi, Kylian Mbappe dan Neymar menawarkan tarikan unik di Paris Saint-Germain, menurut bekas pemain antarabangsa Perancis Louis Saha.

Messi mengakhiri hubungan 21 tahun dengan Barcelona, di tengah kesukaran kewangan kelab Catalan, untuk bergabung dengan PSG dengan perpindahan secara percuma dan Mauricio Pochettino menurunkan jentera serangan terbaik untuk pertama kali Rabu lalu.

Ketika kelab Ligue 1 itu seri 1-1 dengan Club Brugge dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL), Saha telah menyatakan kegembiraan tentang trio tersebut kerana PSG ingin mencabar saingan domestik serta Eropah.

"Sangat luar biasa bagi semua yang gemarkan bola sepak yang indah untuk dapat menonton atau membayangkan menonton trio seperti Messi, Neymar dan [Kylian] Mbappe," kata Saha kepada Stats Perform.

"Memang benar bahawa saya ingin melihat Mbappe menyertai Real Madrid.

"Saya berasa ia sesuatu yang sangat malang, hampir untuk bola sepak dunia, kerana kita hanya ingin melihat trio ini, walaupun hanya untuk enam bulan. Kehadiran tiga bintang ini seperti pelakon terbaik dunia membuat filem bersama.

"Itulah sebabnya peminat di seluruh dunia menonton bola sepak kerana ia menampilkan barisan pemain yang berbakat serta luar biasa.

"Kadang-kadang anda perlu melupakan ekonomi, melupakan penajaan dan segala yang perlu difikirkan mengenai rancangan ini. Anda mesti melindunginya kerana ia begitu unik.

"Dan kita harus menyedari betapa beruntungnya kita kerana mempunyai bakat ini dalam Ligue 1 kerana sejujurnya, dalam bola sepak moden, ia sesuatu yang luar biasa."