Christophe Galtier tidak berasakan keperluan untuk menasihati Kylian Mbappe mengenai peranannya dalam saga yang melibatkan Paul Pogba dan abangnya, Mathias Pogba.

Mathias minggu lalu menyiarkan satu rakaman di atas talian yang berjanji untuk menerbitkan pendedahan tergempar mengenai Paul, ejennya dan rakan sepasukannya di Perancis, Mbappe.

Dalam ciapan Twitter Mathias itu, Paul dikatakan mencari jalan untuk mencederakan Mbappe dengan sihir.

Peguam pemain tengah Juventus itu kemudian bertindak balas dengan mengeluarkan satu kenyataan bahawa komen Mathias tersebut dibuat selepas di diancam dan diperas ugut oleh geng terancang untuk menjatuhkan Paul Pogba.

Mbappe tidak mengulas mengenai bahagian yang tidak diketahuinya dalam urusan itu walaupun dia dilaporkan sempat menghubungi kedua-dua pemain terbabit.

Bagaimanapun, pengurus Paris Saint-Germain (PSG) tersebut tidak khuatir mengenai pendedahan membabitkan anak buahnya itu.

"Mungkinkah fikirannya memberi kesan kepada prestasinya? Saya tidak fikir begitu," kata Galtier.

“Dan apabila saya katakan saya tidak fikir begitu, bermakna saya tidak tahu dan saya tidak membincangkan perkara itu dengan Kylian.

"Saya rasa perlu; dia beraksi dengan baik, dia gembira dalam latihan, dia kelihatan segar."




PSG mungkin berdepan isu tersendiri selepas laporan mencadangkan hubungan dingin di antara Luis Campos dan Antero Henrique - dua sosok yang ditugaskan bagi aktiviti perpindahan -- atas kegagalan menyingkirkan beberapa pemain yang tiada dalam perancangan gergasi Ligue 1 itu.

Galtier ketawa apabila ditanya mengenai hubungan di antara Campos dan Henrique, tetapi jawapannya langsung tidak merujuk kepada persoalan itu.

“Sejak saya berada di sini, saya sering berhubung dengan presiden dan Luis Campos,” katanya.

"Segala strategi dan perancangan, kami bangunkannya bersama-sama."

Mengenai status terkini skuadnya, Galtier berkata: "Dengan presiden dan Luis Campos, kami telah menyasarkan apa yang kami fikir perlu diubah.

"Saya sangat terbuka dengan pemain. Ramai pemain telah pergi dan ramai yang dipinjamkan tetapi apa yang penting bagi saya ialah bekerja secara berkumpulan."

Dalam sidang akhbar yang sama, Galtier mengesahkan Keylor Navas - salah seorang yang dijangka dilepaskan -- kini akan menyertai semula skuad itu untuk memainkan peranan nombor dua.