Christophe Galtier berkata Kylian Mbappe tidak bersikap bersar kepala terhadap kelab selepas dia membuat keputusan sukar untuk kekal di Paris Saint-Germain (PSG).

Mbappe berhajat menyertai Real Madrid sebaik kontraknya tamat penghujung musim lalu, sebaliknya memperbaharui perjanjian selama tiga tahun lagi dengan juara Ligue 1 itu.

Bulan lalu, pemain antarabangsa Perancis itu dilaporkan ingin meninggalkan PSG pada Januari depan biarpun hanya menyerahkan masa depannya kepada kelab berkenaan untuk ditentukan Mei depan.

Galtier berkata kehadiran Mbappe --yang sedang bersedia untuk mempertahankan kejuaraan dunia bersama Perancis dalam Piala Dunia di Qatar -- telah mewujudkan sebuah projek di Parc des Princes tetapi tidaklah melebihi mana-mana rakan sepasukannya.

Pengurus PSG itu berkata dalam penampilannya di RMC: "Dia merangkumi projek ini, tidak syak lagi.




"Tetapi apabila saya mengatakan bahawa dia merangkumi projek itu, bukanlah beerti bahawa dia bersikap berlebihan. Kylian berada di tahap yang sama dengan semua pemain lain.

"Di tahap yang sama dengan Leo Messi yang mempunyai kerjaya yang luar biasa, yang merupakan pemain terhebat dalam sejarah bola sepak. Kylian berada di tahap yang sama dengan Neymar."

Galtier mengakui Mbappe telah membuat keputusan sukar untuk kekal di ibu negara Perancis itu, sambil menambah: "Jelas sekali dia jatuh cinta dengan PSG tetapi dia sangat berminat ke Real Madrid.

"Dia membuat keputusan untuk kekal. Terima kasih buat Ligue 1, PSG, pemain dan saya sendiri. Dia membuat keputusan yang kuat dan dia harus menghormatinya. Dia dihormati."