Sadio Mane ‘tidak gembira’ di Bayern Munich dan menyesal meninggalkan Liverpool, menurut bekas pemain tengah Reds, Dietmar Hamann, yang mengatakan pemain sayap itu tidak berjaya mendapatkan keserasian dalam bilik persalinan Bayern sejak berpindah ke Allianz Arena.

Mane meminta untuk meninggalkan Anfield sebelum akhir musim lalu, dengan bintang Senegal itu berminat untuk cabaran baharu selepas enam tahun di Merseyside.

Pemain sayap itu membuat permulaan baik di Bavaria dengan menjaringkan tiga gol dalam tiga perlawanan pertamanya tetapi dia kini bermain lima perlawanan tanpa mencatatkan jaringan.

Mane digunakan di posisi tengah kerana kekuatan Bayern bahagian sayap direncanakan oleh Leroy Sane, Kingsley Coman dan Serge Gnabry.

"Dia tidak mendapatkan keserasian," kata Hamann kepada GMX.

"Saya melihatnya di Liverpool FC, di mana dia bermain di bahagian tengah

"Itu bukan kedudukannya. Kini dia mengambil kedudukan itu di Bayern juga.

"Dia berada pada tahap terbaik apabila dia datang dari luar. Dia tidak kelihatan gembira kepada saya. Pemain lain seperti Leroy Sane, Jamal Musiala atau, di bahagian pertahanan, Lucas Hernandez, yang cedera pada masa ini, mempamerkan persembahan cemerlang.

"Tiada siapa yang bercakap tentang Mane pada masa ini. Dia kelihatan terpencil dan hampir tidak mengambil bahagian dalam permainan. FC Bayern perlu memahaminya."