Sandaran baru Arsenal, Gabriel Jesus, tidak selesa untuk memainkan watak utama di Stadium Emirates.

Pemain antarabangsa Brazil itu, yang menyertai The Gunners daripada Manchester City awal bulan ini, membuat permulaan positif di kelab barunya itu dengan meledak tiga gol dalam dua penampilan pertama pra-musim.

Walaupun ramai yang percaya pemain itu meninggalkan juara Liga Perdana Inggeris (EPL) berkenaan atas keberaniannya untuk menggalas profil tinggi di kelab lain, Jesus memberitahu pemberita dia sebaliknya enggan menjadi ayam tambatan sambil menegaskan dia hanya mahu menikmati permainan.

Bercakap kepada pemberita ketika jelajah pra-musim Arsenal di Amerika Syarikat (AS), dia berkata: "Saya tidak mahu menjadi pemain utama, saya tidak mahu menjadi bintang Saya tidak mahu menggalas peranan ini. Saya hanya mahu bermain bola sepak, permainan ini. Jadi mengapa tidak bermain dan menikmati bola sepak, sebagaimana yang saya suka lakukan.




"Saya datang untuk membantu dan belajar dengan mereka. Di sini juga terdapat pemain hebat. Jadi saya datang untuk menyertai kelab di mana semua orang akan menang bersama-sama."

Ketika ditanya mengapa dia memilih untuk menandatangani kontrak dengan kelab London itu, pemain berusia 25 tahun tersebut berkata: "Pertama sekali, ketika Edu (pengarah teknikal) datang bercakap dengan saya dan bertanya khabar saya, bagaimana perasaan saya sebagai seorang manusia, kemudian tentang apa yang saya mahu pada masa hadapan selepas karier berakhir.

"Jadi ya, saya rasa perbualan di antara saya dan Edu sangat mengagumkan kerana saya sangat gembira dengan projek kelab. Saya sangat gembira dapat berada di kelab ini. Saya pantas mengatakan 'ya, saya fikir saya sedang menuju ke London.'"