Fred menjaringkan gol tunggal perlawanan ketika Manchester United memulakan pimpinan Ralf Rangnick dengan kemenangan 1-0 ke atas Crystal Palace di Old Trafford.

United melakukan permulaan yang cemerlang dalam perlawanan pertama di bawah pengendali sementara, Rangnick, tetapi mereka kerap kali dikecewakan oleh corak permainan bertahan ampuh Palace hampir sepanjang perlawanan.

Alex Telles menggegar palang gol sebelum sentuhan klinikal Fred memastikan tiga mata buat Red Devils semalam.

Kemenangan itu United melonjakkan peluang mereka dalam usaha mendapatkan tempat dalam kelompok empat terbaik sementara Palace mengalami kekalahan pertama di Old Trafford selepas empat tahun.