Kegagalan mengekalkan konsentrasi dan komitmen di atas padang masih menghantui anak didik Ole Gunnar Solskjaer apabila tewas dengan jaringan yang besar (4-2) walaupun berjaya mendahului Leicester City terlebih dahulu di Stadium King Power.

Inilah situasi yang menghantui Solskjaer apabila gagal mendatangkan impak dalam pemikiran anak didiknya supaya memberikan aksi yang konsisten sepanjang perlawanan dan Solskjaer juga di lihat tidak bijak dalam menyusun formasi dan taktikal memgikut kekuatan pemain-pemain yang ada terutama dalam rotasi pemain-pemainnya.

Ia juga pernah dinyatakan oleh bekas pemain Chelsea dan Leicester City Robert Huth yang pernah menjulang Liga Perdana Inggeris bersama kedua-dua kelab itu di Manchester Evening News yang Solskjaer bukan seorang pengurus yang boleh membawa kejuaraan dan sebarang gelaran untuk Manchester United. Pandangan itu dilontarkan Huth berdasarkan cara pengurusan Solskjaer serta karektornya berbanding dengan nama-nama seperti Pep Guardiola, Jurgen Klopp dan Thomas Tuchel yang bijak dalam membangkitkan semangat pemain-pemainnya dan menggunakan kelebihan yang dimiliki pemainnya.

Ini terbukti sekali lagi dengan kegagalan Solksjaer pada pertemuan dengan anak didik Brendan Rodgers semalam apabila formasi 4-2-3-1 yang digunakannya serta susunan pemain beliau tidak mampu untuk meyaingi formasi yang diamalkan Brendan Rodgers iaitu 3-4-3. Dari segi susunan formasi itu telah menampakkan yang Rodgers lebih berani mengambil risiko dalam meletakkan pemain-pemain yang mempunyai mentaliti menyerang. Berbanding dengan Solskjaer yang meletakkan 2 pemain midfield pertahanan dan itu agak merugikan Man United.

Selain itu juga Solskjaer agak sukar untuk memimpin pemain-pemain bintang Man United kerana dia tidak mempunyai satu aura dan karisma pada diri untuk memberi dorongan pada pemain-pemainnya kerana tidak ada kejayaan yang gemilang semasa Solskjaer menjadi pengurus pasukan sebelum-sebelum ini. Itu yang menyebabkan beliau sukar untuk mempengaruhi pemain-pemainnya untuk menggekalkan konsentrasi di dalam perlawanan dan memberikan yang terbaik deminya. Sudah tiba masanya pengurusan tertinggi kelab Man United untuk menilai kembali prestasi Solskjaer dan membuat persiapan untuk mencari penggantinya sekiranya keadaan memaksa.