Muzaffar Musa
Fri Jun 03 2022

Boston Celtics meraih kemenangan dalam Game 1, Final NBA apabila menewaskan Golden State Warriors 120-108 di Chase Center hari ini.
Pasukan itu turut merekodkan jaringan tiga mata tertinggi dalam satu perlawanan final.
Gambaran awal memperlihatkan bahawa perlawanan itu akan dikuasai Stephen Curry, yang menamatkan suku pertama dengan 21 mata ketika Warriors mendahului 32-28.
Bagaimanapun, pertukaran strategi yang dilakukan Boston menyaksikan Curry langsung tidak dapat menjaringkan sebarang mata dalam suku kedua untuk mereka menang 28-22 dalam suku berkenaan, sekali gus mendahului 56-54 menjelang separuh masa.
Jayson Tatum bergelut dengan setiap percubaannya tetapi bijak mengaturkan permainan untuk melakukan tujuh bantuan dalam separuh masa pertama manakala Jayle Brown menyumbangkan 12 mata dan Marcus Smart pula dengan 10 mata untuk menutup kekurangan itu.
Rentak konsisten yang dipamerkan Warriors sejak beberapa tahun lalu mula kelihatan dalam suku ketiga, di mana mereka memanfaatkan sokongan padu penyokong di laman sendiri dan menyempurnakan enam daripada 11 jaringan tiga mata.
Andrew Wiggins mengumpulkan 12 mata sepanjang suku itu, Curry pula dengan sembilan mata sambil Jordan Poole turut menyumbangkan tujuh mata. Secara keseluruhan, ketiga-tiga pemain itu menghasilkan 28 mata untuk kembali meletakkan Warriors di depan 92-80.
Celtics sekali lagi meningkatkan aksi mereka dalam suku terakhir dengan jaringan-jaringan mantap dan gerakan bertahan yang ampuh.
Mereka menjaringkan sembilan daripada 12 percubaan jarak jauh dan 15 daripada 22 jaringan padang untuk suku terakhir itu memihak Celtics 40-16.
Ia merupakan satu perlawanan bersejarah memandangkan kedua-dua pasukan itu menghimpunkan 40 jaringan tiga mata, di mana Celtics menyempurnakan 51 peratus daripadanya (21 daripada 41 percubaan) manakala Warriors pula dengan 42 peratus (19 daripada 45 percubaan).
Kedua-dua pasukan itu akan sekali lagi bertembung di San Francisco bagi Game 2 sebelum ke Boston bagi Game 3 dan Game 4.

Russia penjara bintang NBA wanita tujuh tahun seludup bahan terlarang
Bintang NBA wanita (WNBA), Brittney Griner, didapati bersalah memiliki dan penyeludupan dadah dengan niat jenayah dan dijatuhi hukuman sembilan tahun di penjara Russia, awal pagi tadi.

NBA siasat unsur kontrak James Harden
NBA akan memulakan siasatan ke atas Philadelphia 76ers berhubung kemungkinan melanggar peraturan kontrak yang membabitkan James Harden, P.J. Tucker dan Danuel House Jr, menurut Adrian Wojnarowski daripada ESPN.

NBA: Anak Shaquille O'Neal sertai G League Ignite
Shareef O'Neal, anak kepada legenda bola keranjang Amerika Syarikat, Shaquille O'Neal, sah menyertai pasukan NBA, G League Ignite.

Kevin Durant minta pertukaran tinggalkan Nets
Kevin Durant telah meminta pertukaran dari Brooklyn Nets, menurut laporan yang meluas.

NBA: James Harden abai kontrak pilihan pemain 76ers bernilai RM208.8j
James Harden telah menolak pilihan pemainnya yang akan membolehkannya mengaut $47.4 juta (RM208.8j) pada musim akan datang apabila memilih menjadi ejen bebas tanpa had, di sebalik menunjukkan minat menyambung kontrak dengan Philadelphia 76ers.

NBA: Charlotte Hornets kembali lantik Steve Clifford sebagai ketua jurulatih
The Who terkenal dengan nyanyian "Jumpa bos baru, sama macam bos lama" -- dan Charlotte Hornets benar-benar menghayati rangkap lagu berkenaan.

Final NBA: Golden State Warriors rangkul trofi keempat dalam lapan tahun
Golden State Warriors mengesahkan Kejuaraan NBA keempat mereka dalam tempoh lapan tahun menerusi kemenangan 103-90 di tempat lawan ke atas Boston Celtics dalam Game 6.

Final NBA: Kerr tagih aksi terbaik Thompson bersama Warriors
Ketua jurulatih Golden State Warriors, Steve Kerr, menegaskan kepentingan prestasi Klay Thompson dalam final NBA menjelang aksi Game 6 menentang Boston Celtics yang mungkin memberikan mereka kejuaraan lebih awal esok.

Final NBA: Andrew Wiggins bintangi kemenangan Warriors dalam Game 5
Golden State Warriors mempamerkan aksi juara ketika menewaskan Boston Celtics 104-94 dalam Game 5, Final NBA di gelanggang sendiri hari ini.

NBA Finals: Curry puas Warriors pamer kebangkitan
Stephen Curry mengisytiharkan 'ia bermakna segala-galanya' untuk menang Game 4 siri NBA Finals selepas persembahan sensasinya mengheret Golden State Warriors mengatasi Boston Celtics.

Bernardo Silva says Man City 'know what I want' amid Barcelona links
Barcelona have been linked with a move for Bernardo Silva, who says Manchester City "know what I want" when it comes to his future.

Alexis Sanchez passes medical and completes Marseille move
Marseille have completed the signing of Alexis Sanchez, who was a free agent after Inter terminated his contract.

Haaland's two-goal debut shows Pep has no excuse in Champions League, claims Capello
Fabio Capello feels Erling Haaland has already shown he should be the difference for Pep Guardiola and Manchester City.

Benjamin Mendy pleads not guilty to additional rape charge
Benjamin Mendy appeared in court on Wednesday to enter a not-guilty plea for an eighth rape charge.

Man Utd target Gakpo suggests Champions League qualification will keep him at PSV
Cody Gakpo has been linked with Manchester United, but it would seem he is not desperate to leave PSV.

Cameron Smith promises clarity on future, but LIV Golf rumours intensify
Open champion Cameron Smith appears set to be the next man to make the move to LIV Golf, even if he will not confirm an agreement.

Helsinki gets its chance as Real Madrid and Eintracht Frankfurt roll in for the Super Cup
UEFA's season curtain raiser is often held in European cities not renowned for football heritage, and now it is Helsinki's turn.

Eubank Jr and Benn renew family rivalry in 'legacy fight'
Chris Eubank and Nigel Benn twice faced one another in huge fights in the 1990s; now their sons are going head-to-head.

Zii Jia to begin BWF World Championships bid against Leverdez, Daren drawn with Axelsen
Lee Zii Jia will begin his 2022 BWF World Championships campaign, taking place from August 22 to 28 in Tokyo, against Frenchman Brice Leverdez in the opening round.

Rumour Has It: Man Utd investigate attacking moves for Sarr, Morata and Gakpo
Manchester United are desperate for an influx of talent as soon as possible, with links to a number of forwards.