Beregu lelaki nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, bertekad untuk menamatkan tahun 2020 dengan satu pencapaian yang mampu mebanggakan rakyat Malaysia menjelang saingan penutup musim, Kejohanan Final Jelajah Dunia BWF, di Bangkok bermula esok.

Gandingan juara dunia itu diundi dalam Kumpulan B bersama Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan (Indonesia), Liu Yuchen-Ou Xuanyi (China) dan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmusen (Denmark).

Dalam satu temu buat bersama wartawan Nadi Arena, Muiz Aziz, Aaron berkata: "Memang amat teruja dan kami juga tidak sabar melaluinya sebagai kejohanan terakhir tahun ini.

"Kami juga berharap dapat melakukan yang terbaik bagi perlawanan penutup tahun ini."

Wooi Yik pula menambah: "Sudah pasti saya juga teruja kerana ia kejohanan terakhir bagi tahun ini.

"Kami mahu keputusan terbaik untuk menamatkan tahun ini.

"Kami akan buat yang terbaik, jadi saya harap semua rakyat Malaysia akan menyokong kami.

"Kami akan buat yang terbaik, tetap bersemangat," katanya.

Aaron dan Wooi Yik akan memulakan saingan dengan berdepan Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan.