Tiada tekanan lebih buat juara beregu dunia, Aaron Chia, yang akan menempuhi kejohanan Final Jelajah Dunia BWF di Bangkok di samping Soh Wooi Yik seperti kejohanan lain.

Juara dunia itu meraih slot automatik dalam kejohanan yang bermula 7 Disember depan itu meskipun menduduki ranking ke-9 dunia.

Dalam dua kejohanan terakhir bulan lalu, Aaron-Wooi Yik tewas di peringkat separuh akhir Terbuka Denmark sebelum kecundang dalam pusingan pertama Terbuka Perancis.

"Kami akan anggap kejohanan ini sebagai medan permulaan.




"Kami akan bermula kosong dalam setiap kejohanan baru, tidak kira selepas anda memenangi 10-20 gelaran, Kejohanan Dunia mahupun Sukan Olimpik," katanya di Nadi Arena sebentar tadi.

Enam beregu negara akan ke Bangkok dengan dua gandingan daripada setiap kategori beregu lelaki, wanita dan campuran.