Sumber dari Itali menyatakan pertahanan Belanda, Matthijs de Ligt, semakin menuju ke Barcelona, lebih-lebih lagi ejennya, Mino Raiola, mengesahkan bahawa pemain itu sedang mencari jalan keluar daripada Juventus di penghujung musim ini.

Barcelona meminati pemain berusia 22 tahun itu sejak 2019 lagi sebelum dia memilih ke Juventus tetapi ia tidak meredakan khabar angin tersebut.

Barça dikhabarkan sedang dalam mempertimbangkan untuk mendapatkan bekas kapten Ajax AFC itu tetapi perlu berdepan saingan daripada kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) khususnya Chelsea.

Tambahan pula, de Ligt mempunyai klausa pelepasan bernilai €120 juta (RM570j) yang sudah tentunya sukar untuk dipenuhi kelab Laliga itu.

De Ligt telah membuktikan dirinya di tahap tinggi sejak empat tahun lalu walaupun kredibilitinya terjejas dalam kancah Serie A ,tetapi Barca percaya gandingannya bersama Ronald Araujo mampu mengukuhkan benteng mereka untuk jangka masa panjang berikutan karier Gerard Pique semakin dimamah usia.