Pemandu Red Bull, Max Verstappen, menyifatkan kejayaannya merangkul gelaran dunia pemandu Formula Satu (F1) 2022 -- kedua peribadinya -- yang dimuktamadkan dalam Grand Prix (GP) Jepun sebagai sempurna.

Pemandu kelahiran Belgium itu menawan Litar Suzuka semalam di depan pencabar terdekatnya merangkap rakan sepasukannya di Red Bull, Sergio Perez, selain Charles Leclerc tatkala juara semasa, Lewis Hamilton, menamatkan perlumbaan itu di tempat kelima dengan baki empat perlumbaan musim ini.

Justeru, Verstappen berasa ia hadiah sempurna buat jentera yang bernadikan enjin Honda itu di laman sendiri sejak kembali ke kancah F1 pada 2015 sebelum beralih Red Bull dan AlphaTauri, empat tahun lalu.

“Ia memang terasa sempurna memandangkan kami menggunakan enjin Honda.



"Kami telah bekerjasama dengan mereka selama beberapa tahun dan dengan semua peminat Jepun menyokongnya.

"Kerjasama yang erat ini pernah membuatkan kebanyakan orang memberitahu bahawa kami buat kerja gila. Langkah kami dipersoalkan berikutan kesukaran yang Honda hadapi ketika itu.

"Tetapi lihatlah, jangan sekali-kali berputus asa dan berikan dedikasi penuh untuk menjayakannya, itulah yang berlaku."

Kredit imej: F1