Switzerland mengatasi Perancis menerusi penentuan sepakan penalti dalam aksi pusingan 16 Euro 2020 sebentar tadi, namun terdapat insiden yang mencuri tumpuan.

Selepas 120 minit waktu permainan, Switzerland, yang berjaya mengikat Perancis 3-3, mengheret perlawanan ke penentuan sepakan penalti.

Dan dalam persiapan mereka, kelihatan jelas terbentang pemain tengah, Granit Xhaka, mengambil minuman tajaan kejohanan, Coca Cola dengan rakan sepasukannya, Manuel Akanji melakukan perkara yang sama. ​





Pada permulaan kejohanan, dunia digemparkan dengan tindakan bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, menolak minuman ketepi dan menyeru orang ramai untuk mengambil minuman air mineral sambil berkata 'aqua' (yang bermaksud air) dalam sidang media hingga menjejaskan nilai pasaran saham syarikat tersebut.

Insiden yang sama turut disusuli pemain Itali, Manuel Locatelli, sementara Paul Pogba pula meletakkan satu lagi minuman tajaan kejohahan, Heineken, di bawah meja hingga Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) memberikan amaran supaya tidak mengulangi perkara tersebut.



Perlawanan sebentar tadi berakhir berakhir memihak Switzerland apabila Kylian Mbappe gagal menyempurnakan sepakan kelima Perancis sekaligus membenarkan skuad kendalian Vladimir Petkovic itu lolos ke suku akhir buat pertama kali dalam tempoh 67 tahun.

Switzerland yang tanpa deretan pemain bertaraf bintang mencipta kejutan ke atas Perancis dengan persembahan memukau Xhaka tenang mengawal rentak permainan di bahagian tengah, pemain itu turut dinobat sebagai Pemain Terbaik Perlawanan.