Croatia tidak berpuas hati dengan tindakan Kerajaan Scotland selepas venue latihan mereka diubah menjelang perlawanan penentuan Kumpulan D, awal pagi Rabu ini.

Berita bintang muda Scotland, Billy Gillmore, positif COVID-19 di kem kendalian Steve Clarke itu menggemparkan lagi pertemuan di Stadium Wembley berkenaan.

Perkembangan itu memaksa sesi latihan Croatia di St Andrew dibatalkan dan mereka diarah pulang ke kem domestik, Rovinj, dan terbang dari sana untuk menghadapi perlawanan sementara seteru mereka itu kekal berpusat di Teesside, England.

Selain faktor kelesuan menjadi kebimbangan ketua jurulatih finalis Piala Dunia 2018 itu, Zlatko Dalic, dan ancaman COVID-19 turut bermain di dalam fikiran mereka sungguhpun Scotland mendedahkan tiada lagi kes pandemik berkenaan menular dalam kontinjen mereka.

“Hari ini mereka semua (pemain saya) takut namun kami harus beraksi dan memberi perhatian kepada perlawanan ini.

"Itulah keadaannya. Euro kali ini diselubungi oleh isu-isu ini. Kami sentiasa mengambil semua langkah berjaga-jaga.





“Kami agak risau jika sesuatu berlaku. Saya berharap tiada lagi kes positif. Saya tidak mahu ini menular. Kami tidak mahu ia menjadi lebih terus. Kami perlu teruskan juga perlawanan ini.

"Timbul tekanan untuk kami semua bertahan selama sebulan.

"Kami menjalani ujian setiap tiga hari dan ia menambahkan lagi tekanan psikologi dan ketidakpastian terhadap pemain," katanya.