Donny van de Beek percaya semangat sepasukan akan menjadi kunci utama kebangkitan yang dirancang Manchester United musim ini.

Pemain tengah itu berkata kesemua pemain The Red Devils kini semakin akrab tidak kira di dalam atau di luar padang.

Dia berkata dalam laman web rasmi pasukan itu: "Saya fikir ia bukan hanya untuk jurulatih tetapi untuk setiap orang, ia amat-amat penting.

"Kami perlu melakukannya secara sepasukan. Saya fikir perlawanan dengan Liverpool merupakan contoh terbaik hasil kerjasama sepasukan.

"Saya fikir kami masih boleh bermain dengan lebih baik tetapi kami beraksi bagus dan melakukannya secara berpasukan.

"Itulah cara yang kami perlu terapkan musim ini," katanya.