Muzaffar Musa
Sat Jan 28 2023

Jurgen Klopp melihat faktor masa menjadi musuh utama Liverpool dalam usahanya untuk membina empayar di Anfield sambil berjanji trofi dan kejayaan akan menanti pasukan itu di hujung terowong.
Pengurus The Reds itu sedar tugasnya memerlukan keputusan yang positif dan musim ini memperlihatkan betapa mereka kembali bergelut selepas hampir memenangi empat gelaran musim lalu.
Disebalik kejayaan memenangi Piala EFL dan Piala FA musim lalu, Liverpool juga hampir menjulang trofi Liga Perdana Inggeris (EPL) sebelum terlepas pada hari perlawanan terakhir selain tewas dalam final Liga Juara-Juara Eropah (UCL) kepada Real Madrid.
Jika dibandingkan, kempen musim ini lebih sukar buat Liverpool dan peluang mereka untuk meraih trofi kelihatan amat tipis, di mana The Reds telah tersingkir daripada saingan Piala EFL dan menduduki tangga pertengahan EPL selain akan berdepan Real Madrid dalam pusingan 16 UCL.
Mereka juga akan berdepan cabaran berat menentang Brighton and Hove Albion dalam pusingan keempat Piala FA malam esok.
Klopp mengakui bahawa Liverpool berdepan kesukaran untuk mendapatkan gandingan tiga penyerang terbaik seperti sebelum ini memandangkan Sadio Mane telah meninggalkan pasukan itu untuk menyertai Bayern Munich selain masalah kecederaan dan Darwin Nunez pula memerlukan masa untuk mendapatkan keserasian bersama pemain seperti Mohamed Salah. Penyerang baru mereka, Cody Gakpo, juga sudah tentu memerlukan waktu.
Baginya, gandingan Mane, Salah dan Roberto Firmino sudah terbukti amat berbisa sebelum ini tetapi zaman itu sudah berlalu dan ia menjadi keperluan untuk mereka mendapatkan gandingan baru yang lebih segar.
"Sudah tentu itu bukan sesuatu yang bagus tetapi seperti yang saya katakan, kita tidak boleh mengharapkan yang kami akan segera kembali ke tahap terbaik dan menang 5-0 dalam perlawanan seterusnya.
"Kami perlu berusaha keras. Tiada siapa mahu mendengarinya tetapi kami perlu melakukannya.
"Dalam dua atau tiga minggu ini, beberapa pilihan lain akan kembali. Kami mempunyai beberapa pilihan dan boleh mencari kombinasi," kata Klopp.
Selepas tewas 0-3 kepada Brighton awal bulan ini, Liverpool mewaskan Wolves 1-0 dalam pusingan ketiga Piala FA sebelum terikat tanpa jaringan dengan Chelsea dalam EPL.
Klopp berasakan masalah utama Liverpool bukanlah disebabkan kurangnya jaringan daripada Salah walaupun penyerang Mesir itu hanya dapat menjaringkan tujuh gol dalam liga domestik musim ini.
"Satu-satunya masalah dalam hidup kita sentiasa melibatkan masa," kata Klopp mengenai pembinaan semula pasukannya.
"Tiada siapa mahu melaburkan masa. Situasi ketika ini tidak sempurna tetapi berdasarkan dua perlawanan terakhir, ia sesuatu yang saya boleh usahakan," katanya lagi.
Klopp menambah: "Anda perlu melaluinya (waktu sukar) dan kemudian akan ada sinar di hujung terowong. Akan ada final, akan ada trofi pada penghujung terowong itu. Bukan pada masa ini."

Conte undang pemecatan kepada dirinya sendiri
Gara-gara lidah tajamnya, Antonio Conte kini di ambang pemecatannya selaku pengurus Tottenham Hotspur pada ketika pengerusi kelab, Daniel Levy, seakan-akan tidak dapat dibendung lagi amarahnya.

Persahabatan Antarabangsa: Paulo Josue pasang impian sarung jersi Harimau Malaya
Pemain naturalisasi negara, Paulo Josue, menganggap peluang untuk berada di bawah bimbingan ketua jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan-gon, sebagai pengalaman paling berharga sepanjang kariernya di Malaysia.

Liga Super: Kelantan United nafi kedudukan Tomas Trucha dalam bahaya
Pengarah Eksekutif Kelantan United, Wan Mohd Zul Ikman Wan Abdul Aziz, menafikan dakwaan bahawa kedudukan ketua jurulatih pasukan itu, Tomas Trucha, sedang berada dalam bahaya.

Pestabola Merdeka: FAM beri penjelasan kejohanan berlangsung singkat
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini menjelaskan alasan di sebalik penganjuran Pestabola Merdeka 2023 pada Oktober depan, yang akan berlangsung dalam tempoh singkat.

Gantung pengadil: FAM akan adakan siasatan menyeluruh -- Hamidin
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan mengadakan siasatan menyeluruh terhadap pengadil, Zulkarnain Zakaria, dalam masa terdekat.

Kelibat Paulo Josue, Endrick mampu beri impak berbeza buat skuad kebangsaan -- Safee Sali
Bekas penyerang sensasi negara, Safee Sali, percaya kehadiran Paulo Josue dan Endrick dos Santos dapat memberikan impak berbeza buat skuad kebangsaan.

Frank Bernhardt kembali warnai Liga Super?
Bekas ketua jurulatih UiTM FC, Frank Berhardt, dilaporkan akan melengkapkan perpindahannya ke sbuah kelab Liga Malaysia dalam masa terdekat.

Pan-gon letak harapan tinggi kepada Paulo Josue, Endrick
Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan-gon, berharap dua pemain naturalisasi baru Harimau Malaya, Paulo Josue dan Endrick dos Santos, dapat membantu jentera serangan pasukannya menjelang aksi persahabatan antarabangsa tier 1 menentang Uzbekistan, Khamis ini.

Liga Super: Azzmi belum puas hati prestasi PDRM
Biarpun tidak diletakkan sebarang harapan, PDRM FC kini mencuri tumpuan apabila kini menghuni tangga keenam Liga Super.

Liga Super: Gantung pengadil bukti FAM tegas
Keputusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengenakan hukuman penggantungan serta-merta terhadap pengadil, Zulkarnain Zakaria, membuktikan ketegasan badan induk itu dalam soal pengadilan Liga Malaysia (Liga-M).

Mitchell's poster dunk over Watanabe 'up there' with his best
Donovan Mitchell produced another impressive dunk, slamming over Yuta Watanabe in an important win for the Cleveland Cavaliers.

Tatum and Brown shine as Celtics blowout the Kings, Mitchell dunks all over the Nets
The Boston Celtics had to overcome a Domantas Sabonis triple-double in a matchup between two of the league's top-seven records.

Timberwolves star Towns could return on Wednesday after nearly four months on the sidelines
Karl-Anthony Towns has not played since suffering a calf strain on November 28, but both he and Anthony Edwards could return on Wednesday.

Giorgi outlasts Kanepi in equal-longest match of WTA season at Miami Open
The Camila Giorgi-Kaia Kanepi first-round Miami Open clash equalled the length of the season's longest match from the ATX Open last month.

Swiss Open: Aaron-Wooi Yik pass first test, another early exit for Pearly-Thinaah
National men’s doubles pair Aaron Chia-Soh Wooi Yik checked into the second round of the Swiss Open, along with most of the competing Malaysian shuttlers.

Grizzlies All-Star Morant discusses 'ongoing process' to 'cope with stress in a positive way'
Ja Morant spent 11 days at a Florida counselling facility, where he said he learned methods to deal with high levels of stress.

Paralluelo hands Barcelona lead against Roma, Bayern have edge over Arsenal
Barcelona hold the advantage over Roma in the quarter-finals of the Women's Champions League, while Bayern Munich beat Arsenal.

Foden puzzled by Haaland's brilliance at Man City
Erling Haaland's devastating form for Manchester City has left quite the impression upon Phil Foden.

Doherty wants Tottenham to stand by 'one of the best of all time' Conte
Antonio Conte might well have torched his bridges at Tottenham, but Matt Doherty hopes it is not the case.

Knicks great Willis Reed dies aged 80
The NBA has paid tribute to Willis Reed after the Hall of Famer died at the age of 80.