Pengurus Manchester City berkata dia tidak terlalu tertarik dengan cara permainan pemainnya dengan berkata mereka boleh menjaringkan lebih banyak gol selepas menewaskan Manchester United 6-3 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Emirates malam tadi.

Katanya, pasukannya masih beraksi dengan terburu-buru biarpun Erling Haaland dan Phil Foden meraih hatrik dalam perlawanan itu.

United masih dapat menjaringkan tiga gol dalam separuh masa kedua, sekali gus menunjukkan masih terdapat kekurangan yang perlu diperbaiki Guardiola.

Pasukan jaura bertahan itu merupakan satu-satunya kelab yang masih belum kalah dalam saingan liga musim ini dan mereka kini berada di tangga kedua dengan hanya ketinggalan satu mata di belakang pendahulu, Arsenal.

"Kesempurnaan tidak wujud, ia mustahil tetapi kami perlu mencuba untuk mendapatkannya," kata Guardiola selepas perlawanan itu.

"Kami melakukannya dengan baik, kami boleh melakukannya dengan lebih baik lagi. Ramai pemain melakukan hantaran dengan terburu-buru. Ini tidak bagus. Kami perlu menjadi tekal.

"Di beberapa bahagian, kami masih belum cukup bagus, secara mudahnya, kami memang belum cukup bagus, kami kehilangan bola dengan mudah.

"Kami dibolosi pihak lawan atas beberapa perkara mudah yang kami boleh lakukan dengan lebih baik," katanya.