Muzaffar Musa
Sun Nov 06 2022

CHELSEA 0 ARSENAL 1
Mikel Arteta memuji aksi luar biasa yang dipamerkan Arsenal selepas pasukan bimbingannya itu kembali ke puncak Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan kemenangan 1-0 ke atas seteru setempat, Chelsea, di Stamford Bridge malam tadi.
Gabriel Magalhaes memanfaatkan kealpaan pertahanan The Blues untuk menjaringkan gol tunggal perlawanan itu dalam babak kedua, di mana dia menolak masuk bola daripada sepakan penjuru Bukayo Sayaka pada minit ke-63.
Chelsea kemudian gagal memberikan sebarang ancaman, sekali gus terpaksa akur rekod 12 perlawanan tanpa kalah mereka di laman sendiri berakhir sambil Pierre-Emerick Aubameyang tidak dapat memainkan peranan penting dalam perlawanan pertamanya menentang bekas kelabnya itu sebelum dikeluarkan dalam separuh masa kedua.
Arsenal, dalam pada itu, mengesahkan kemenangan ketiga berturut-turut di Stamford Bridge buat kali pertama sejak 1974 untuk kini berkelebihan dua mata di depan Manchester City di kedudukan teratas EPL.
Pengurus The Gunners, Arteta, menjangkakan pasukannya akan meneruskan prestasi cemerlang itu dalam usaha mereka merebut kejuaraan musim ini.
Dia berkata kepada BT Sport: "Kami mahu terus berada di atas tetapi persaingannya amat sukar dalam liga ini.
"Cabaran buat kami sudah mula tiba di peringkat ini dan bermain dengan pasukan terbaik dan memenanginya, pemain kami berhasil melakukannya."
Ditanya apakah perkara yang paling mengagumkannya, pengurus berbangsa Sepanyol itu berkata: "Saya fikir buat pasukan semuda ini, kematangan, ketenangan, daya tahan dan kegigihan untuk bermain dengan cara yang kami mahukan seperti yang mereka lakukan, merupakan sesuatu yang amat luar biasa.
"Amat mudah bercakap mengenainya sebelum perlawanan tetapi untuk melakukannya ke atas lawan seperti ini merupakan kisah berbeza.
"Menang ke atas lawan seperti ini di stadium ini merupakan satu lagi langkah untuk pemain kami percaya bahawa mereka boleh melakukannya dalam keadaan tertekan, berdepan lawan besar dan mereka menikmatinya," katanya lagi.

Liga Super: Usia bukan penghalang Del Valle pacu gemilang Selangor FC
Penyerang baru Selangor FC, Ayron Del Valle, berkata faktor usia bukan penghalang untuk dia memacu kejayaan buat pasukan Merah Kuning itu musim ini.

Selangor FC terbang ke Bangkok lawan kelab Thailand
Selangor FC akan berkampung di Bangkok selama lima hari dalam misi menguji dua kelab Thailand bulan depan.

Liga Super: Cabaran baru beraksi petang
Perubahan kalendar Liga Malaysia (Liga-M) musim ini termasuk beraksi pada sebelah petang akan menjadi cabaran baru buat pasukan dan pemain untuk meningkatkan kualiti permainan ke tahap tertinggi.

LaLiga: Xavi gembira Marcos Alonso pilih kekal di Barcelona
Xavi yakin Marcos Alonso akan memainkan peranan besar dalam usaha Barcelona untuk memenangi lebih banyak trofi selepas pemain itu menandatangani kontrak baru semalam.

EPL: Caicedo mahu tinggalkan Brighton selepas dipikat Arsenal
Moises Caicedo telah memaklumkan kepada Brighton and Hove Albion mengenai hasratnya untuk meninggalkan pasukan itu selepas Arsenal dilaporkan melancarkan bidaan sebesar £60 juta (RM315.27 juta) untuk mendapatkan pemain tengah Ecuador berkenaan.

EPL: Klopp janji trofi sedang menanti Liverpool selepas waktu sukar
Jurgen Klopp melihat faktor masa menjadi musuh utama Liverpool dalam usahanya untuk membina empayar di Anfield sambil berjanji trofi dan kejayaan akan menanti pasukan itu di hujung terowong.

FIFA hukum Cavani, Godin, FA Uruguay gara-gara kelakuan pemain dalam Piala Dunia
Edinson Cavani dan Diego Godin antara empat pemain yang digantung Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) gara-gara kelakuan mereka sewaktu Uruguay tersingkir daripada Piala Dunia Qatar bulan lalu.

EPL: Kieran Trippier gembira lanjut kontrak di Newcastle United
Kieran Trippier menandatangani kontrak lanjutan di Newcastle United dan pertahanan kebangsaan England itu turut membandingkan The Magpies bimbingan Eddie Howe dengan bekas pasukannya, Atletico Madrid, kendalian Diego Simeone.

Piala FA: Gol Nathan Ake pastikan Manchester City singkir Arsenal
Nathan Ake muncul wira Manchester City untuk Pep Guardiola menewaskan bekas anak didiknya, Mikel Arteta, apabila mengalahkan Arsenal 1-0 dalam perlawanan Piala FA di Stadium Etihad awal pagi tadi.

Bekas penjaring gol terbanyak Liga Colombia bakal perkuat Selangor FC?
Bekas penjaring gol terbanyak liga Colombia, Ayron del Valle, dikaitkan untuk menyertai Selangor FC dalam masa terdekat.

Juventus 0-2 Monza: Allegri's side again fall to spirited Biancorossi
A difficult time for Juventus got worse on Sunday as they were beaten for the second time this season by Raffaele Palladino's Monza.

Pioli accepts changes are needed after Milan achieve unwanted Serie A first
Milan's poor run of form continued with a 5-2 defeat against Sassuolo, leaving head coach Stefano Pioli under pressure.

Skriniar confirms PSG move as Inter hold out for transfer fee
Paris Saint-Germain have landed experienced centre-back Milan Skriniar from Inter, but his arrival date in France is yet to be confirmed.

Brighton and Hove Albion 2-1 Liverpool: Last-gasp Mitoma stunner sends FA Cup holders crashing out
Liverpool's defence of the FA Cup came to a halt at round four as Kaoru Mitoma's expert late finish sent Brighton through.

McIlroy takes three-shot lead into final round of Dubai Desert Classic
The world number one showed his class in Dubai on Sunday as Rory McIlroy gave himself a cushion ahead of the final round.

Caicedo transfer plea a 'mistake' but De Zerbi casts doubt over Brighton's stance
Moises Caicedo has asked to leave Brighton and Hove Albion, and Roberto De Zerbi hinted Monday and Tuesday could be vital in the saga.

Milan 2-5 Sassuolo: Neroverdi add to Rossoneri misery with San Siro thrashing
Milan have conceded at least four goals in consecutive Serie A games for the first time in their history as Sassuolo ran riot on Sunday.

Australian Open: Djokovic the 'greatest that ever held a tennis racquet', declares runner-up Tsitsipas
Novak Djokovic moved level with Rafael Nadal on 22 grand slam titles by beating Stefanos Tsitsipas, who was very gracious in defeat.

Australian Open: Djokovic revels in 'biggest victory of my life' after landing 10th title
Ten-time Australian Open champion Novak Djokovic was overcome with emotion after overcoming Stefanos Tsitsipas in Sunday's final.

Australian Open: Emotional Djokovic back on top of the world a year after Melbourne misery
Novak Djokovic showed more emotion than we have ever seen from him as he continued his incredible domination of the Australian Open.