Gareth Southgate berkata England mengetahui mereka 'hampir' menamatkan penantian untuk memenangi gelaran ketika membuat persiapan mengharungi perlawanan kelayakan Piala Dunia.

The Three Lions mengalami kekecewaan selepas tewas kepada Itali menerusi penentuan penalti dalam saingan Euro 2020 di Wembley Julai lalu, tiga tahun selepas gagal ke final di Russia dalam saingan Piala Dunia.

Sudah 55 tahun kali terakhir England memenangi satu gelaran ujtama dalam Piala Dunia 1966 di laman sendiri, tetapi mereka kini di landasan terbaik menjelang satu lagi peluang di Qatar tahun depan.

England mendahului empat mata di puncak Kumpulan I menjelang pertembungan dengan Andorra malam ini dan Hungary di Wembley tiga hari kemudian.

Southgate memuji gaya permainan yang ditampilkan pemain-pemain sejak kegagalan dalam saingan Euro 2020 dan berasakan yakin mereka mampu mengetepikan lebih banyak kekecewaan selepas ini.

"Saya dapat berasakan keinginan untuk mempamerkan permainan yang lebih baik ditampilkan, bagi memastikan langkah seterusnya bertepatan dengan tahap yang diinginkan setiap hari.

"Sememangnya kami harus layak terlebih dahulu, dan tugasan itu perlu diselesaikan bagi lima atau enam hari berikutnya, bagi mendapatkan enam mata.

"Setiap individu dalam pasukan menyedari tumpuan pasukan, kami berada di kedudukan yang baik dan kekal konsisten, tetapi kami perlu memastikan melangkah ke peringkat seterusnya selepas ini."