Karim Benzema menjaringkan dua gol lewat ketika Real Madrid merampas kemenangan 2-0 ke atas Real Valladolid yang beraksi 10 pemain awal pagi tadi untuk memintas Barcelona di puncak LaLiga.

Pasukan kendalian Carlo Ancelotti kelihatan melewati kekecewaan di Stadium Jose Zorrilla dalam perlawanan pertama mereka selepas Piala Dunia, dengan Benzema mensia-siakan peluang separuh masa pertama.

Bagaimanapun, pemain antarabangsa Perancis itu -- yang terlepas Qatar 2022 kerana kecederaan -- menebus kesalahan selepas rehat apabila dia menyempurnakan sepakan penalti ketika berbaki tujuh minit sebelum melakar kemenangan enam minit kemudian.

Valladolid menyaksikan penyerang Sergio Leon dilayangkan kad merah kerana tidak bersetuju selepas pemberian penalti Benzema ketika Madrid berusaha keras untuk mendahului satu mata ke atas Barca, yang bakal berdepan Espanyol malam ini.