ST PAULI 2 DORTMUND 1

Sepakan penalti Erling Haaland belum cukup untuk menyelamatkan Borussia Dortmund daripada tersingkir apabila kalah mengejut 1-2 kepada St Pauli dalam DFB-Pokal.


Maruah juara bertahan itu tercalar apabila tunduk kepada pendahulu divisyen dua Bundesliga berkenaan di Millerntor-Stadion, awal pagi tadi.

Dortmund turun dalam perlawanan itu setelah menjaringkan lima gol tanpa balas dalam dua perlawanan pembukaan DFB-Pokal musim ini dengan menewaskan Wehen Wiesbaden 3-0 dan Ingolstadt 2-0 selain hanya Bayern Munich, Werder Bremen dan Wolfsburg pernah menewaskan mereka dalam pertandingan ini sejak 2011.

Bagaimanapun, mereka dikejutkan dengan jaringan Etienne Amenyido seawal minit keempat sementara gol sendiri Axel Witsel menggandakan kedudukan tuan rumah sebelum rehat.

Haaland mengurangkan defisit jaringan menerusi sepakan penalti selepas 13 minit memasuki separuh masa kedua tetapi di sebalik lapan percubaan tepat dan 70.4 peratus penguasaan bola, pelawat masih gagal mengelak daripada tersingkir.