Darwin Nunez bersedia untuk membuat Everton menyesal jika mereka cuba menguji kesabaran daripada penyerang Liverpool itu dalam 'derby' Merseyside malam ini.

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, melaungkan sokongannya terhadap penyerang itu untuk mengharungi perlawanan di Goodison Park, sambil mempertahankan insidennya dibuang padang dalam penampilan sulungnya di Anfield akan menjadikannya lebih tabah.

Bekas penggempur Benfica itu dilayangkan kad merah ketika seri 1-1 menentang Crystal Palace, dua minggu lalu, akibat menanduk Joachim Andersen selepas bertelagah dengan pertahanan tersebut.

Justeru, sekembalinya daripada penggantungan Nunez untuk tugasan derby, ia mungkin dianggap satu perjudian dan masih belum dapat dipastikan adakah Klopp sedia mempertaruhkan pemain berusia 23 tahun itu dalam barisan utamanya dalam aksi penuh tegang seteru kota berkenaan.

Pengurus berbangsa Jerman itu berkata The Reds telah mengarahkan Nunez agar dia harus bertenang sambil menegaskan mesej sedemikian tidak perlu sentiasa diulangi demi mencapai matlamat.

"Kami sudah berpesan kepadanya mengenai perkara itu. Sudah tentu kami memberitahunya bukan sahaja sekarang, lebih-lebih lagi ketika ini," kata Klopp.




Pengurus itu gembira mendengar bekas penyerang Liverpool dan rakan senegaranya dari Uruguay, Luis Suarez, turut memberi amaran kepada Nunez supaya berhati-hati dengan insiden yang tidak diingini dalam bola sepak Inggeris.

Nunez tidak dapat mengelak daripada menjadi sasaran pihak lawan, baik ketika dia mempamerkan rentak yang tidak menentu atau tidak.

"Ia pasti berlaku dan ia berlaku ke atas pemain lain juga. Kami hanya perlu mengabaikannya," katanya.

"Dalam situasi ini kami fikir untuk cuba menebusnya balik tetapi dengan cara bola sepak."

Berdasarkan pertahanan tengah Everton, Klopp berkata: "Saya tidak fikir James Tarkowski dan Conor Coady gemar bercakap sepanjang permainan."