Oliver Kahn mengesahkan bahawa Matthijs de Ligt mahu menyertai Bayern Munich dan pemain Belanda itu semaking hampir untuk mengikat kesepakatan dengan pasukan gergasi Bavaria berkenaan.

Bayern sudah mula mengadakan perbincangan dengan Juventus minggu ini dan ia meningkatkan kemungkinan untuk pemain berusia 22 tahun itu menyertai juara Bundesliga berkenaan sebelum pembukaan musim baru ini.

De Ligt, bagaimanapun, masih mempunyai kontrak selama dua tahun lagi dengan Bianconeri, yang turut mengandungi klausa pelepasan bernilai €120 juta (RM538.78 juta).

Juve dilaporkan meminta pembayaran sebanyak €90 juta (RM404.09 juta) tetapi berkemungkinan besar akan menerima tawaran €60 juta (RM269.39 juta) yang diusulkan Bayern.

"Kami sudah berbincang dan pemain itu mahu ke FC Bayern," kata ketua pegawai eksekutif Bayern, Kahn, kepada Blickpunkt Sport.

"Kami akan mengadakan perbincangan lanjut dan kita akan lihat apa yang akan berlaku."