Los Angles Lakers memperoleh kemenangan mudah ke atas Chicago Bulls manakala Brooklyn Nets turut mengatasi Miami Heat dalam saingan NBA hari ini.

Anthony Davis mendaftarkan 37 mata dalam masa 28 minit untuk Lakers mengatasi Bulls 101-90 dan meningkat dengan rekod 9-0.

LeBron James melakukan 'double'double' ketika merekodkan 17 mata dan 11 rebound dalam kemenangan selesa itu.

Lakers (13-4) kini menduduki tangga teratas Liga Persidangan Barat menjelang pertemuann dengan Utah Jazz (12-4).

Sementara itu, Nets kembali ke landasan kemenangan selepas tewas dua perlawanan berturut-turut apabila mengatasi Heat 128-124.

Kyrie Irving memperoleh 18 daripada 28 mata keseluruhannya dalam suku keempat manakala Kevin Durant (31 mata), Joe Harris (23) dan James Harden (12 mata, 11 bantuan dan tujuh rebound) turut menyumbang kepada kemenangan itu.

Bintang Heat, Bam Adebayo, turut mencuri tumpuan dengan meraih 41 mata.