Milan mengesahkan Daniel Maldini akan meninggalkan San Siro buat kali pertama apabila menyarung jersi Spezia secara pinjaman sepanjang musim.

Pemain berusia 20 tahun itu merupakan generasi ketiga di kelab itu bagi mengikut jejak langkah bapanya, legenda moden, Paolo Maldini, dan datuknya merangkap ikon kelab Cesare Maldini.

Cesare mula mengukir namanya dalam Serie A di Triestina sebelum menamatkan kerjayanya di Torino, tetapi Paolo pula kekal bersama Milan sebelum menggantungkan but.

Daniel bakal berkelana buat pertama kalinya selepas membuat 15 penampilan Serie A untuk Rossoneri sepanjang tiga musim.

Bagaimanapun, dia hanya diturunkan selama 194 minit permainan lantas di Spezia, pemain berusia 20 tahun itu berkesempatan menggilap permainannya di tahap tertinggi.