CEUTA 0 BARCELONA 5

Barcelona melangkah ke suku akhir Copa del Rey dengan penuh bergaya selepas membelasah Ceuta 5-0 di Estadio Alfonso Murube awal pagi tadi.

Blaugrana memulakan perlawanan pusingan 16 itu dengan agak perlawanan tetapi tidak berdepan masalah untuk meneruskan kemaraan.

Selepas 40 minit berlalu tanpa sebarang jaringan, Raphinha memastikan pelawat berkelebihan satu gol sebelum menuju ke bilik persalinan.

Pesta gol Barca hanya bermula dalam babak kedua, di mana penyerang utama, Robert Lewandoswki, menghasilkan jaringan berganda pada minit ke-50 dan 90, yang mengapit penyudah Ansu Fati dan Frank Kessie, masing-masing pada minit ke-70 dan 77.

Pendahulu LaLiga itu kini meneruskan pemburuan mereka untuk menyapu bersih kesemua gelaran domestik di Sepanyol selepas menjuarai Supercopa de Espana dengan menewaskan Real Madrid dalam final hujung minggu lalu.