CACERENO 0 REAL MADRID 1

Carlo Ancelotti mengkritik keadaan padang milik Cacereno sejurus kemenangan 1-0 Real Madrid dalam saingan Copa del Rey, awal pagi tadi, sambil berkata permukaan padang seperti itu tidak sesuai untuk bola sepak.


Pencabar dari divisyen keempat itu cukup liat untuk ditembusi juara Eropah dan LaLiga tersebut, tetapi jaringan hebat daripada Rodrygo pada minit ke-69 sudah cukup untuk membawa pasukan asuhan Ancelotti berkenaan mara ke pusingan 16.

Standard buruk permukaan di Estadio Principe Felipe itu menyukarkan Madrid untuk meneruskan kemaraan apabila perlu mengerah keringat bagi mengelakkan kejutan.

Ancelotti kecewa dengan kualiti padang itu apabila memberitahu wartawan: "Anda tidak boleh bermain bola sepak (di atas padang berkenaan). Bagi saya ia bukan perlawanan bola sepak, ia adalah sukan lain.



"Ia bagus kerana pasukan kerdil mampu berjuang dan bersaing dengan pasukan yang lebih besar.

"Ia bagus untuk peminat tetapi peminat juga mahu melihat permainan yang bagus."