Ketua jurulatih Sri Pahang FC, Christophe Gamel, memberikan penjelasan mengenai status naturalisasi melibatkan dua tonggak utama Sri Pahang FC iaitu Lee Tuck dan Sergio Aguero.

Menurut Gamel, kedua-dua pemain itu tidak dapat didaftarkan sebagai pemain naturalisasi ketika ini dan pengendali kelahiran Perancis itu percaya pihak pengurusan Tok Gajah akan cuba untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik.

Untuk rekod, jendela perpindahan kedua Liga Malaysia yang bermula 28 Mei lalu sudah pun berakhir Jumaat lalu.

"Ia masih lagi diusahakan oleh pihak kelab. Saya berharap mereka akan menjadi pemain naturalisasi dan akan memberikan manfaat kepada pasukan pada masa akan datang," katanya.