Giorgio Chiellini menggesa Juventus supaya tidak terlalu meletakkan tumpuan kepada Romelu Lukaku apabila bertemu Chelsea awal pagi esok, sambil turut menyatakan kualiti yang dimiliki Jorginho, yang dilihat sebagai calon untuk memenangi Ballon d'Or tahun ini.

Juve melakukan permulaan cemerlang dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL) dengan kemenangan 3-0 ke atas Malmo, namun mereka menjangkakan cabaran yang lebih rumit ketika menerima kunjungan Chelsea di Turin bagi aksi kedua.

Pertembungan ini menyaksikan Chiellini memperbaharui perseteruan dengan Lukaku, selepas kedua-dua pemain itu saling berselisihan ketika pemain Belgium itu mewakili Inter dalam saingan Serie A sebelum ini.

Tetapi pemain Chelsea yang menarik perhatian Chiellini adalah Jorginho, pemain yang beraksi bersama ketika Itali memenangi Euro 2020.

Kejayaan itu disusuli apabila Chelsea memenangi Liga Juara-Juara musim 2020-21 menyaksikan Jorginho diangkat sebagai Pemain Terbaik UEFA Ogos lalu, dan Chiellini percaya Ballon d'Or turut akan dimenangi pemain yang sama.

Ditanya mengenai prospek bertemu Lukaku, Chiellini berkata, "Lukaku seorang pemain yang berkualiti, kami perlu berhati-hati.

"Penting untuk mengawal pergerakannya namun bukan hanya Lukaku yang perlu diberikan tumpuan.

"Chelsea ramai sang juara, sebagai contoh, Jorginho, seorang lagi pemain yang perlu diperhatikan bagi perlawanan ini.


"Saya sangat berharap dia dapat memenangi Ballon d'or kerana dia adalah kawan baik saya dan ia juga merupakan anugerah yang akan terasa seperti saya sebagai pemain Itali dan pemain yang terlibat dalam kemenangan [Euro 2020]."