Chelsea bakal tanpa N'Golo Kante bertemu Manchester United sementara enam minggu akan datang amat penting bagi Ben Chilwell, menurut ketua jurulatih, Thomas Tuchel.

The Blues menerima kunjungan United, yang dilaporkan semakin hampir melantik Ralf Rangnick sebagai pengendali sementara, pada Ahad dan mahu mencari peluang untuk menamatkan tujuh perlawanan tanpa mengatasi Red Devils.

Skuad kendalian Tuchel berkelebihan tiga mata di puncak Liga Perdana Inggeris (EPL) tetapi mereka akan kehilangan beberapa pemain penting apabila menentang United, yang tidak tewas dalam 11 kunjungan EPL ke ibu negara.

Kante mengalami kecederaan lutut ketika kemenangan 4-0 ke atas Juventus, sementara Chelsea sedang menunggu untuk melihat sejauh mana kecederaan ligamen yang dialami Chilwell, yang memaksa pemain antarabangsa England itu keluar dalam perlawanan yang sama Rabu lalu.

Diminta maklumat terkini mengenai kecederaan skuadnya, Tuchel berkata: "Kova [Mateo Kovacic] masih diketepikan untuk perlawanan pada hari Ahad.

"N'Golo mengalami kecederaan sedikit di bahagian lututnya ketika menentang Juventus dan berasa lebih baik tetapi nampaknya dia akan diketepikan untuk beberapa hari. Kami masih mempunyai sedikit harapan tetapi ia hampir satu keajaiban jika dia berjaya melakukannya.

"Ben tidak akan beraksi, kecederaannya agak serius dan keputusannya ia perlu dirawat. Tempoh enam minggu ini akan menentukan sama ada dia dapat beraksi atau memerlukan pembedahan.

"Dia amat penting dalam kemenangan kami. Kami agak kecewa tetapi perlu positif dalam hal ini."