Thomas Tuchel sedia menyekat sebarang usaha memancing Armando Broja dan ketua jurulatih The Blues itu masih mengharapkan beberapa muka baru lagi akan tiba di Stamford Bridge.

West Ham, Everton dan Newcastle United dilaporkan berminat terhadap Broja yang menyumbangkan enam gol dalam 32 penampilan Liga Perdana Inggeris (EPL) ketika dipinjamkan ke Southampton musim lalu.

Dengan Romelu Lukaku dipinjamkan semula ke Inter, masa depan Timo Werner pula agak tidak menentu sementara Kai Havertz boleh dikatakan lebih sesuai untuk peranan yang lebih dalam, kempen 2022-23 boleh menjadi satu kejayaan buat Broja di Chelsea.

Walaupun keutamaan Tuchel nampaknya menurunkan Havertz sebagai pemain nombor sembilan tiruan, pengurus itu menyuarakan harapannya untuk mengekalkan Broja sempena kempen yang akan datang.

“Saya tidak angka dia akan pergi,” katanya dalam sidang akhbar.

“Kami menyedari adanya minat dan tawaran, ia hanya membuktikan kepada kami bahawa dia memiliki potensi besar. Pemilik dan saya akan mengambil keputusan ini bersama-sama pada akhirnya, begitu juga pemain.

“Jelas dia cuba mencuri perhatian saya dan hanya mahu menjadi tonggak Chelsea secepat mungkin.

“Selepas dipinjamkan di Southampton, keadaan amat jelas baginya untuk membuat langkah seterusnya dalam usaha menonjolkan peningkatannya dan memberi kesan dalam pra-musim.

"Malangnya dia tercedera dan sudah tentu banyak laporan yang mengaitkannya berdasarkan tawaran dan minat terhadapnya. Mari kita lihat bagaimana keadaan ini berlanjutan tetapi saya cukup tenang mengenainya kerana kami tahu situasinya dan kami mempunyai kontrak."



Tuchel telah membawa masuk Raheem Sterling dan Kalidou Koulibaly yang masing-masing berpengalaman di Manchester City dan Napoli tetapi kehilangan Antonio Rudiger, Andreas Christensen dan Lukaku.

Justeru, dia mengharapkan beberapa muka baru lagi agar tidak tercicir dalam mencabar gelaran.

“Saya mempunyai angka dan saya rasa kami memerlukan beberapa pemain lagi untuk menambah baik skuad ini,” tambahnya.

“Kami berada di tangga ketiga musim lalu dan terdapat jurang di antara kami, Manchester City dan Liverpool.

“Secara umumnya jika anda mahu bersaing walaupun untuk kedudukan yang sama, anda perlu memperbaiki diri. Anda tidak boleh berdiam diri kerana jika anda berdiam diri maka pasukan lain akan memintas anda.

“Memandangkan kami kehilangan ramai pemain, adalah wajar bagi saya untuk keperluan menyuntik kualiti baru kepada pasukan bagi mengekalkan tahap kami."